
LEMBU: Hai anjing, pa habaq? Macam ada
yg tak kena ja?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh? awat?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai

LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9) oleh sebab itu kita sebagai seorang muslim serta muslimah di dunia ini perlu beringat-ingat semasa menghadapi situasi seperti ini... serta beringatlah bahawa sesungguhnya Allah melihat serta mengetahui segala tingkah laku kita...
best x citer ni..ptut wat iklan kt t.v..knfom meletup la iklan ni... kih3..sedikit perkongsian dari ku.. salam..